SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HUTAN MELINTANG
36400 HUTAN MELINTANG,PERAK
SEJARAH 21/2 KERJA KURSUS
TAJUK : SEJARAH SEKOLAH
NAMA : NURUL FARHANA BINTI ROHAYZI
TINGKATAN : 2RK1
GURU PENILAI : CIK VIGNESWARI
SKOR :
ELEMEN | MARKAH |
ELEMEN 1-MENGUMPUL FAKTA SEJARAH | |
ELEMEN 2-MEREKOD FAKTA SEJARAH | |
ELEMEN 3-PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME | |
JUMLAH MARKAH | |
KOD | |
TAHAP PENCAPAIAN | |
………………………………
(TANDATANGAN GURU)
SENARAI SEMAK
BIL. | SENARAI SUMBER | TANDAKAN (/) |
1. | BUKU ILMIAH | |
2. | JURNAL | |
3. | AKHBAR | |
4. | MAJALAH | |
5. | ORANG SUMBER | |
6. | MELAWAT TEMPAT KAJIAN | |
7. | INTERNET | |
8. | TELEVISYEN | |
9. | RADIO | |
JUMLAH | |
………………………….
(TANDATANGAN GURU PENILAI)
-sila lampirkan salinan fotostat sgla mklumat sjrah yg d’prolhi smsa mngumpl fkta sjrah-
BIL. | TAJUK | HALAMAN |
1 | TAJUK KAJIAN | |
2 | SENARAI KANDUNGAN | |
3 | PENGHARGAAN | |
4 | OBJEKTIF KAJIAN | |
5 | KAEDAH KAJIAN | |
6 | HASIL KAJIAN | |
7 | RUMUSAN | |
8 | LAMPIRAN | |
9 | RUJUKAN | |
Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan rasa syukur kerana dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh yang ditetapkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang,Tuan Haji Hud bin Yahaya atas sokongan yang diberikan dalam projek kerja kursus ini.
Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru Sejarah saya iaitu Cik Vigneswari yang tidak jemu-jemu memberi semangat, dorongan dan tunjuk ajar tentang cara-cara melaksanakan kajian mengikut kriteria yang ditetapakan. Mereka turut membantu menyemak data,laporan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya Encik Rohayzi dan Puan Rapizah yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan Kerja Kursus ini memerlukan tenaga,buah fikiran dan wang ringgit.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya seperti Hanis, Azwana, Najiha, Sarah dan Shuhada kerana telah membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. Mereka juga telah membetulkan kesalahan dan ejaan dalam membuat kajian ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Melalui kajian ini,saya berharap agar dapat memenuhi beberapa objektif. Antara objektif kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat. Ia juga boleh dijadikan sumber rujukan pada suatu masa kelak.
Di samping itu juga,kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang sejarah sekolah,latar belakang serta pencapaiannya semenjak ianya ditubuhkan.
Selain itu, kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR)
Sedikit sebanyak kajian ini dilaksanakan adalah untuk menyedarkan pelajar betapa pentingnya fungsi sekolah bagi mewujudkan generasi yang lebih bijak , cemerlang, gemilang dan terbilang.
Pelbagai kaedah kajian telah saya gunakan untuk melengkapkan elemen 1,iaitu mengumpul fakta sejarah. Antaranya ialah analisis dokumen. Analisis dokumen merupakan satu daripada tiga kaedah kajian yang saya guna. Selepas mengumpul pelbagai dokumen bertulis berkaitan sejarah sekolah yang saya kaji,saya menganalisis dokumen-dokumen tersebut untuk menyiapkan hasil kajian saya.
Selain itu, penyelidikan perpustakaan ialah kaedah kajian kedua yang saya gunakan. Saya telah mengunjungi Pusat Sumber SMK Hutan Melintang dan di sana, saya telah menjumpai beberapa buku rujukan dan Majalah terbitan sekolah yang amat berguna.
Di samping itu, saya telah menemu ramah beberapa orang sumber sebagai salah satu kaedah kajian. Individu-individu ini telah banyak memberikan maklumat yang berguna kepada saya.
Dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan HUtan Melintang dan terletak di atas tapak seluas 13.3 ekar di KM 18 Jalan Teluk Intan-Bagan Datoh.
♂ Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Jun 1982 dengan jumlah murid seramai 314 orang dan 13 orang guru.
♂ Menampung pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah berikut :
♂ SK Hutan Melintang
♂ SJK (T) Barathi,Simpang Empat
♂ SK Sungai Samak
♂ SJK (T) Ladang Alpha Bernam
♂ SK Tanjong Bayan
♂ SJK (T) Sungai Bernam
♂ SK Teluk Buloh
♂ SJK(T) Ladang Kamatchi
♂ SJK(T) Jenderata
♂ SJK(C) Keow Meng
♂ SJK(T) Ladang Jenderata
♂ SJK (C) Yong Seng
Pembinaan banggunannya secara berperingkat-peringkat :
Fasa l : 2 blok bangunan 2 tingkat mengandungi 2 makmal sains, 1 bengkel seni perusahaan, 9 bilik darjah dan 1 kantin
Fasa ll : 3 blok bangunan 3 tingkat mengandungi 19 bilik darjah dan 6 makmal sains
Fasa lll : 1 bangunan KBSM 4 bilik darjah,1 banggunan asrama (gotong-royong) dan 5 buah rumah guru
Fasa lV : 1 blok bangunan 2 tingkat mengandungi 8 bilik darjah
Fasa V : 1 blok bangunan 1 tingkat mengandungi 3 bilik darjah
♂ Sijil Rendah Pelajaran bermula pada tahun 1984 dan Sijil Pelajaran Malaysia pada 1986
♂ Ringkasan nama SHUMEL digunakan pada tahun 2000 menggantikan nama SMKHM setelah dipersetujui di dalam mesyuarat guru.
Lencana
Sekolah
Hijau : Kesuburan bumi tanah air kita
Kuning : Kewujudan sistem pemerintahan beraja dan taat setia rakyat kepada raja.
Merah : Semangat yang teguh dan berani serta keyakinan terhadap kejayaan kurikulum dan kokurikulum.
Bentuk Bulatan : Melambangkan Kerjasama dan semangat bersatu padu di kalangan warga sekolah.
Obor dan Gelung : Melambangkan semangat kesukanan.
Buku Terbuka : Sumber ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang dan mencapai kejayaan.
Visi,Misi dan Moto Sekolah
Visi Sekolah:
SHUMEL melahirkan pelajar cemerlang dan kompeten
Misi Sekolah :
Untuk membentuk sekolah gemilang dengan keupayaan melahirkan pelajar cemerlang dan kompeten
Moto Sekolah :
Berdisiplin Berusaha Berbakti
Piagam
Pelanggan
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan HUtan Melintang dengan penuh kesedaran berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
♂ Menyediakan program pendidikan terancang dan menyeluruh dan memastikan proses pelaksanaannya selaras dengan perak Nombor 1 yang berteraskan Falfasah Pendidikan Negara.
♂ Mengadakan program kurikulum yang berkesan dan berkualiti untuk membentuk insan yang terdidik,berilmu dan beramal.
♂ Meningkatkan penglibatan secara bersepadu dalam aktiviti ko-kurikulum bagi melahirkan generasi SMK Hutan Melintang yang sihat dan cemerlang dari segi jasmani, emosi,rohani dan segi intelek.
♂ Mendidik dan membimbing pelajar-pelajar kearah penghayatan akhlak yang mulia dan berbudi pekerti menerusi penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
♂ Mewujudkan sisitem pengurusan sekolah yang bersih,cekap,amanah dan dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan.
♂ Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan.
Matlamat
Sekolah
♂ Membentuk warganegara berilmu,taat setia,bertanggungjawab,berkebolehan serta menyedari betapa pentingnya usaha ke arah kebenaran.
♂ Memastikan sekolah sebagai wadah ketrampilan ilmu
♂ Melahirkan pelajar yang cergas dan pintar dari segi mental, fizikal dan kerohanian dalam menangani setiap masalah.
♂ Melahirkan pelajar yang pantas dan cergas dari segi mental dan fizikal dalam menangani segala cabaran.
Objektif
Sekolah
♂ Memperolah dan menghargai sumber ilmu yang diterima untuk dimanfaatkan.
♂ Melahirkan pelajar yang Berjaya dalam setiap mata pelajaran
♂ Melahirkan pelajar yang Berjaya dalam bidang kokurikulum di peringkat daerah,negeri dan kebangsaan.
♂ Melahirkan pelajar yang berkebolehan,berdaya maju,berdaya saing serta mempunyai daya tahan yang kuat untuk menghadapi cabaran 2020.
♂ Melatih pemimpin di peringkat pelajar yang berketrampilan demi kesinambungan pemimpin akan datang.
Lagu
Sekolah
Megah indah berdiri gagah
Lambing gedung menimba ilmu
Tegak dikau insan watan
Penuhi ilmu hidup berjasa
Berdisiplin Berjaya amalan mulia
Berusaha cahaya bahagia
Berbakti setia di sepanjang masa
Cogan kata kami semua
Permainan dan semangat sukan
Pendidikan murni disemai
Rukun Negara jadi pedoman
Kerjasama sejati dicapai
Ikrar
Pelajar
Bahawasanya kami pelajar-pelajar sekolah Menengah Kebngsaan Hutan Melintang bertekad untuk mendukung cita-cita mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik,sahsiah dan kokurikulum dan membina perpaduan yang lebih erat di kalangan kami serta menjaga nama baik sekolah yang kami cintai.
Maka kami,pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang berikrar dan berjanji :
♂ Akan menumpukan perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap pelajaran kami.
♂ Mematuhi segala arahan dan peraturan sekolah.
♂ Menghormati dan mematuhi segala pengajaran dan arahan guru.
♂ Menjaga nama baik dan harta benda sekolah.
♂ Mengelak dan menjauhkan diri daripada ponteng,datang lambat,merokok,najis dadah dan bergaduh sesam sendiri
♂ Sentiasa menunjukkan sikap yang positif untuk kecemerlangan diri,keluarga dan masyarakat sekolah kami.
Struktur
Organisasi
Pentadbiran
Sekolah
Rumusan
Selepas menjalankan kajian ini,saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana bangga dengan anugerah tuhan yang telah diberikan di Negara yang tercinta ini. Saya juga rasa ssangat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang sekolah sya sendiri.
Selepas kajian ini,saya lebih menghormati dan menghayati serta menyayangi sekolah saya. Saya akan cuba untuk mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam rukun Negara bagi mewujudkan nilai-nilai murni bagi seorang pelajar. Jika semua masyarakat kita dapat mengenali dan memahami peranan sekolah dengan mendalam,maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-menghormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisishan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau semangat kemasyarakatan antara kaum.
Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu manjaga dan mempertahankan maruah Negara dan bangsa. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua kaum yang menetap di Negara ini. Dalam masa yang sama,perpaduan akan wujud jika tanggungjawab dijalankan dengan penuh rasa hormat dan bekerjasama. Selain itu,kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang dunia terutamanya yang berkaitan dengan bangsa dan Negara. Into menunjukkan rasa prihatin kita terhadap Negara,maka masyarakat akan mencontohi kita dan menunjukkan rasa bersemangat untuk setia kepada Negara.
Lampiran
-tampalkan gambar2 @ dkumen yg brkaitan-
Rujukan
1. Internet
2. Melawat tempat kajian
2.1 Alamat : SMK Hutan Melintang,36400 Hutan Melintang Perak.
3. Majalah
3.1 Majalah Mutiara keluaran 7 tahun 2008
3.2 Majalah Mutiara keluaran 7 tahun 2010
4. Orang Sumber
4.1 Rapizah Binti Abdul Hamid-umur 41 tahun
Elemen 3:
Penerapan unsur patriotism
Saya berbangga kerana menjadi warganegara Malaysia. Saya sentiasa akan memastikan Negara ini akan terus aman dan sentosa. Saya juga akan berusaha unutk memastikan wujudnya sinar kecemerlangan di sekolah saya. Persoalannya,apakah sumbangan yang boleh diusahakan untuk memastikan kecemerlangan di sekolah dapat dicapai?
Maruah bangsa mempunyai arga yang tidak ternilainya dengan wang ringgit. Dengan itu,kita sebagai warga sekolah haruslah memupuk semangat ingin menjaga serta mempertahankan maruah bangsa dan Negara. Semangat setia akan Negara juga harus diterapkan di dalam sanubari setiap pelajar. Semangat cintakan bangsa dan Negara seharusnya dapat diterapkan di kalangan warga sekolah.
Selain itu,aktivit-aktiviti atau program-program yang dijalankan di sekolah mampu mewujudkan semangat muhibah sesame kaum malah sifat saling hormat-menghormati dapat dipupuk di kalangan masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum yang ada di sekolah. Aktiviti-aktiviti sukan dan kokurikulum juga dapat membantu menyihatkan badan malah di samping itu dapat membentuk sikap bertolak ansur dan sikap bertoleransi di antara kaum. Negara kita memang terkenal dengan keunikan kaumnya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Di dalam kelas terdapat ramai pelajar,yang terdiri daipada pelbagai kaum. Dengan ini secara tidak langsung ia dapat memupuk sikap bekerjasama dan tolong-menolong di antara pelajar di dalam kelas tersebut. Dan seterusnya ia dapat ,elahirkan sikap bersatu padu dan ia dapat membina sekolah yang cemerlang.
Di sekolah kita mempunyai peraturan,setiap pelajar harus mematuhi peraturan tersebut. Secara langsung disiplin seseorang itu dapat dibentuk. Sikap berakhlak mulia dan budi pekerti dapat diterapkan di dalam diri seseorang. Di samping itu para pelajar dapat melahirkan sikap sopan.bertatasusila dan berhemah tinggi. Dengan adanya persaingan yang sihat di dalam pelajaran,ia dapat menerapkan sikap rajin dan gigih berusaha untuk Berjaya. Dalam peperiksaan. Ia juga melatih pelajar supaya belajar berusaha dengan lebih gigih dan berdikari.
Banyak cara yang boleh disumbangkan oleh para pelajar untuk mewujudkan suasa sekolah yang cemerlang,selain dari mewujudkan perpaduan dan menerapkan sikap patriotisme dalam masyarakat di sekolah. Justeru itu,kita harus sedar,sekolah banyak member manfaat kepada para pelajar dan seharusnya ia dijaga dan dihargai dengan sebaik-baiknya.
-